Kontinjen Setiu johan keseluruhan Perkhemahan TKRS, KRS - Utusan Malaysia

Kontinjen Setiu johan keseluruhan Perkhemahan TKRS, KRS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU 14 Jun – Kontinjen daerah Setiu muncul johan keseluruhan Perkhemahan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) dan Kadet Remaja Sekolah (KRS) 2019 peringkat negeri, semalam.

Dalam perkhemahan tiga hari yang diadakan di Pusat Kokurikulum Bukit Kolam Kuala Berang di Hulu Terengganu itu, kontinjen Setiu mengungguli enam kategori iaitu Kawad Kaki KRS lelaki (L) dan perempuan (P), Kawad Kaki TKRS (L dan P); Orienteering TKRS (P) dan Pandu Arah TKRS (P).

Ketua Jurulatih Kontinjen Setiu, Kapten KRS Muhamad Fadhil Daud berkata, kontinjen itu turut meraih tiga anugerah naib johan bagi acara Kraf Perkhemahan Puteri, Bantu Mula TKRS (P) dan Hafazan TKRS (L) menerusi Mohd. Amirul Amin Zaidi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kejayaan berganda buat kontinjen apabila Muhammad Adiff Hafizi Zamzam dan Nur Ain Farisya Abdullah dipilih sebagai Ketua Platun Terbaik TKRS bagi kategori lelaki dan perempuan di samping peserta Terbaik TKRS perempuan menjadi milik Nur Asyirah Nadihah Azman.

“Ini adalah pencapaian yang begitu memberangsangkan untuk pasukan Setiu. Terima kasih kepada semua peserta, jurulatih dan guru yang terlibat dengan perkhemahan ini,” katanya di sini hari ini.

Kemenangan itu membolehkan kontinjen Setiu mewakili Terengganu ke peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Merlimau, Melaka pada 16 hingga 20 Jun ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini