Kanak-kanak 9 tahun parah jatuh tingkat empat - Utusan Malaysia

Kanak-kanak 9 tahun parah jatuh tingkat empat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun kritikal selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah apartmen di Bandar Baru Permai, Seri Kembangan, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai tergelincir ketika bermain berdekatan balkoni rumahnya di apartmen 11 tingkat berkenaan.

“Kejadian tersebut dimaklumkan kepada pihak Hospital Serdang pada pukul 9.40 pagi sebelum pegawai perubatan terus ke lokasi kejadian dan mendapati kanak-kanak tersebut dalam keadaan parah tidak sedarkan diri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemeriksaan juga mendapati kanak-kanak terbabit mengalami luka di kepala serta kedua-dua tangan dan peha patah. Selain itu, mangsa juga mengalami pendarahan di perut dan paru-paru,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Ismadi, mangsa kini dirawat di zon merah Hospital Serdang dan siasatan lanjut sedang diteruskan bagi mengenal pasti punca kejadian.-UTUSAN ONLINE


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini