14 orang dijangkiti ILI beransur pulih - Utusan Malaysia

14 orang dijangkiti ILI beransur pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Seramai 14 penghuni rumah kongsi di Kampung Kendong Baru, Kota di Rembau yang mengalami jangkitan saluran pernafasan (ILI) semalam dilaporkan beransur baik.

DR. ZAINUDIN MOHD. ALI
ZAINUDIN MOHD. ALI 

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr. Zainudin Mohd. Ali berkata, lima daripada mereka yang merupakan Orang Asli suku Jakun masih dirawat di Hospital Tampin dan tiada kes baharu dimasukkan ke hospital.

“Sembilan lagi yang diberi rawatan di tapak rumah kongsi di ladang tembikai itu semalam juga beransur pulih dan keadaan mereka bertambah baik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiada kes baharu dikesan dan pemantauan secara harian akan diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Seramai 14 penghuni rumah kongsi di ladang tembikai di Kampung Kendong Baru disahkan dijangkiti ILI selepas mengadu demam, batuk, selesema serta sesak nafas.

Lima pesakit yang dimasukkan ke Hospital Tampin adalah sebahagian daripada 15 Orang Asli yang dibawa masuk dari Kampung Kelapa, Pekan, Pahang untuk bekerja di ladang itu pada 5 Jun lalu.

Bagaimanapun, kejadian itu tiada kaitan dengan wabak yang dialami Orang Asli di Kuala Koh di Gua Musang, Kelantan.

Rumah kongsi di ladang yang dimiliki sebuah syarikat swasta itu turut didiami lima warga Bangladesh dan tiga Indonesia. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini