Azmin beri bayangan takkan berundur - Utusan Malaysia

Azmin beri bayangan takkan berundur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Menteri Hal Ehwal, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberikan bayangan bahawa beliau tidak akan berundur atau berehat sementara, walaupun didesak supaya berbuat demikian ekoran tersebarnya video seks sejenis miripnya.

“Siapa yang meminta? Siapa dia?” katanya ringkas ketika ditanya desakan pelbagai pihak agar beliau berundur atau berehat ketika ditemui di majlis Rumah Terbuka Aidilifitri Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohd. Amin Ahmad Ahya di sini hari ini.

Ditanya mengenai laporan polis yang dibuat Setiausaha Politiknya, Hilman Idham di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya semalam, Mohamed Azmin menjelaskan, setakat ini polis hanya mengambil keterangan Hilman.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiada sebarang keterangan diambil daripada saya. Namun, saya difahamkan, polis telah memanggil Hilman pagi ini untuk diambil keterangan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini