Lelaki Pakistan dicekup raba pelajar kolej  - Utusan Malaysia

Lelaki Pakistan dicekup raba pelajar kolej 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Tindakan seorang lelaki warga Pakistan meraba seorang penuntut kolej wanita di sebuah kedai di Seksyen 25 di sini membawa padah apabila diberkas Ahad lalu. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, suspek berusia 39 tahun itu berjaya dicekup pekerja premis itu sebelum diserahkan kepada polis.

Menurut mangsa berusia 20 tahun, kejadian berlaku apabila dia bersama ibunya pergi ke kedai berkenaan bagi membeli barang sebagai persiapan menjalani latihan praktikal.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, suspek ketika itu berada di sebuah ruangan menempatkan barangan plastik di kedai itu.

“Saya tidak mengesyaki apa-apa terus berjalan ke depan namun terkejut apabila merasakan punggung diraba suspek yang turut disedari ibu yang berada di belakang saya.

“Sejurus itu, suspek yang panik itu kemudiannya cuba melarikan diri sebelum menjerit meminta pekerja kedai menahan lelaki berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Wanita itu menambah, ada meminta rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) premis bagi kepastian sebelum ibu menghubungi polis.

Jelas mangsa, dia kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Taman Sri Muda pada hari kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan suspek direman selama empat hari sehingga semalam.

“Suspek kini ditahan reman oleh Jabatan Imigresen kerana berada di negara ini melebihi tempoh yang ditetapkan.

“Sejurus kita mendapat laporan daripada Jabatan Imigresen, suspek akan dituduh di mahkamah dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini