TM sahkan SPRM lawat ibu pejabat - Utusan Malaysia

TM sahkan SPRM lawat ibu pejabat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Telekom Malaysia Bhd. (TM) mengesahkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melawat ibu pejabatnya untuk mendapatkan maklumat tertentu yang melibatkan kes yang sedang berlaku.

TM berkata, pihaknya ia akan terus memberikan kerjasama kepada SPRM.

Syarikat telekomunikasi itu juga mengulangi komitmennya untuk ‘menegakkan integriti, tadbir urus dan ketelusan, dengan sifar toleransi terhadap apa-apa amalan tidak wajar dan tidak teratur’ di pihak rakan kongsi, kontraktor atau pekerjanya. -UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini