Jeti Penumpang Pelabuhan Selatan akan dinaik taraf - Utusan Malaysia

Jeti Penumpang Pelabuhan Selatan akan dinaik taraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELABUHAN KLANG 14 Jun – Dalam memberi keselesaan kepada penumpang, Jeti Penumpang Pelabuhan Selatan di sini akan dinaik taraf menjadi lebih besar dalam masa terdekat.

Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Ean Yong Hian Wah berkata, bagaimanapun proses menaik taraf jeti itu bukanlah perkara mudah kerana ia melibatkan tanah milik swasta yang berada di sekeliling kawasan tersebut.

Menurut Hian Wah, cadangan itu dibuat berikutan kepadatan penumpang yang semakin bertambah dari semasa ke semasa terutama ketika musim cuti yang panjang dan hari minggu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Oleh demikian, kita perlu mencari jalan penyelesaian supaya masalah membabitkan penumpang ini tidak berlarutan dengan menaik taraf jeti agar lebih besar.

“Buat masa ini, langkah permulaan kita akan memindahkan kaunter tiket ketika musim perayaan atau cuti panjang di bahagian belakanh bagi memberi laluan kepada penumpang menunggu jeti dan beratur,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan di jeti tersebut di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pe­ngangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Negeri Selangor, Ng Sze Han dan Pengurus Besar LPK, Kapten K.Subramaniam.

Sementara itu, Sze Han berkata, pihaknya sedia maklum berhubung perkara tersebut, namun perlu membuat perbincangan lanjut sebelum membawanya ke peringkat kerajaan negeri.

“Kita akan menunggu kertas kerja daripada LPK berhubung cadangan menaik taraf dan menambah fasiliti jeti ini.

“Kawasan jeti ini mendatangkan masalah terutama pada musim perayaan atau cuti panjang berikutan Pulau Ketam sudah terkenal sebagai pusat pelancongan,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini