Video lucah: Siasatan video jadi keutamaan SKMM - Utusan Malaysia

Video lucah: Siasatan video jadi keutamaan SKMM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA – Siasatan terhadap video seks tular yang didakwa mempunyai kaitan dengan seorang menteri, menjadi keutamaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kata Pengerusi SKMM, Al-Ishsal Ishak.

Beliau berkata, Jawatankuasa Jenayah Siber, iaitu kerjasama antara polis dan SKMM, menjalankan siasatan terperinci sejak video itu tular dalam media sosial pada Selasa lepas (11 Jun).

“Kami (SKMM) menjalankan siasatan seperti yang lazimnya dilakukan, sudah tentulah bersama-sama polis dalam usaha menyegerakan (siasatan) kes ini. Kes ini membabitkan kepentingan negara, maka ia menjadi satu keutamaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani Ikrar Mengutamakan Pengguna antara SKMM dan syarikat telekomunikasi utama di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Diilhamkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo, inisiatif itu merupakan satu lonjakan dalam menyediakan perkhidmatan yang lebih  baik kepada pengguna. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini