Penunggang motosikal rempuh kereta - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal rempuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 3 Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir dekat sini malam tadi.

Ketua Polis daerah, Superintenden Haslah Bachok berkata dalam kejadian kira-kira pukul 10.50 malam itu, mangsa, Ramli Akop, 52, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kederaan parah di bahagian kepala dan kaki.

“Hasil siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang mangsa hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh sebuah kereta jenis Proton Saga.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Akibat perlanggaran tersebut lelaki itu mengalami cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Katanya, mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah di sini untuk bedah siasat.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini