Tumpahan merkuri di blok perumahan, dua terima rawatan - Utusan Malaysia

Tumpahan merkuri di blok perumahan, dua terima rawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Dua lelaki termasuk seorang remaja diarahkan ke hospital selepas dikhuatiri terkena tumpahan merkuri di Pangsapuri Birchwood Court, Pinggiran Hijau, Bandar Tasik Puteri, Rawang dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, menyebabkan kedua-dua mangsa berusia 44 dan 15 tahun itu terdedah pada merkuri yang tumpah di lantai di bahagian tangga beberapa kawasan blok perumahan terbabit.

Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat Selangor, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 7.11 malam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelasnya, tiga pasukan dari Balai Bomba Batu Arang, Rawang dan Shah Alam, telah tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 7.23 malam sebelum bertindak mengumpul cecair merkuri dan memasang sawar-sawar bagi mengelakkan orang ramai memasuki kawasan terjejas.

“Hasil pemeriksaan mendapati, anggaran tumpahan cecair terbabit sebanyak satu liter dan menyebabkan beberapa kawasan blok terjejas.

“Kedua-dua mangsa telah diberi ubat sapu oleh Hospital Sungai Buloh dan tiada kecederaan dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah jurucakap itu lagi, pegawai dan anggota bomba terlibat mengambil masa beberapa jam untuk menstabil dan membersihkan tumpahan merkuri tersebut.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini