Setiap individu pasti ingin tampil cantik dan bergaya apabila menghadiri rumah terbuka sepanjang Syawal ini. Mana tidaknya, ketika itulah kita akan bertemu dengan sanak-saudara dan rakan taulan yang mungkin sudah lama tidak berjumpa. Justeru, penampilan diri yang menarik dapat meningkatkan keyakinan diri kepada kita untuk berhadapan dengan orang ramai.
Sekiranya kulit kita mempunyai masalah seperti berjerawat, berminyak, kusam, dan tidak bermaya, ia sudah tentu membuatkan kita berasa malu berhadapan dengan khalayak. Akhirnya, kita mengurungkan diri di dalam bilik sahaja atau mungkin tidak mahu menghadiri jemputan rumah terbuka yang diterima.
Justeru itu, rawatan penjagaan diri dari hujung rambut hingga hujung kaki sangat digalakkan bagi mendapatkan kulit wajah yang bersih, sihat dan segara. Apa kata kita memanjakan diri di spa yang menawarkan pakej rawatan lengkap sebelum menghadiri rumah terbuka.
Sekurang-kurangnya hasil yang diperoleh membantu meningkatkan keyakinan diri untuk menerima kunjungan tetamu di rumah sendiri atau bertandang ke rumah orang kelak.
Untuk mendapatkan hasil yang lebih menyakinkan, apa kata kita singgah di spa bagi tujuan tersebut. MBH SPA kini menawarkan pakej rawatan kecantikan dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Menurut Pengasas MBH SPA, Yaya Mohammad, sempena Aidilfitri yang lalu, pihaknya menampilkan tema ‘Raya Semua Baru’. Menggabungkan empat anak syarikat MOHA Group iaitu MBH Medispa, MBH Haircare, MBH Body Theory dan Dermaklair, spa tersebut menyediakan pakej rawatan lengkap kepada pelanggan.
“Harga yang ditawarkan sangat berpatutan iaitu serendah RM199 hingga RM1,999 mengikut pakej kecantikan yang dipilih pelanggan dengan pelbagai rawatan menarik untuk meningkatkan keyakinan diri mereka.
“Antara rawatan baharu yang ditawarkan sempena Aidilfitri tahun ini adalah Hair Growth Booster Laser, Crsytal Clear Treatment, Vitamin C Whitening Infusion dan Pinkish Cheek Kpop,” katanya kepada Mega Rona.
Mengulas lanjut, menurut Yaya, MBH SPA yang sudah 10 tahun beroperasi di negara kita kini mempunyai lebih daripada 18 cawangan di seluruh negara bagi memudahkan pelanggan mendapatkan perkhimatan spa di kawasan masing-masing.
“Orang ramai yang mahu tampil cantik dan anggun boleh membuat temu janji awal dengan pihak kami. Kami beri jaminan bahawa mereka bakal menikmati pengalaman rawatan yang mengujakan,” katanya.
Tambah Yaya, keistimewaan pakej yang ditawarkan itu adalah pihak MBH SPA menggunakan produk rawatannya sendiri iaitu produk yang dihasilkan daripada bahan semula jadi.
“Produk yang digunakan untuk rawatan kulit ini juga dijual di setiap cawangan MBH SPA dan sudah menembusi pasaran negara China kerana jaminan kualiti yang ditawarkan.
“Bagaimanapun, kami tidak meletakkan produk kami di farmasi atau kedai-kedai penjagaan diri yang lain kerana mahu mengekalkan keesklusifan produk kami,” katanya.











