Akauntan wanita rugi RM240,879.39 selepas ditipu - Utusan Malaysia

Akauntan wanita rugi RM240,879.39 selepas ditipu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang akauntan wanita kerugian RM240,879.36 selepas menjadi mangsa penipuan sindiket Macau Scam ketika bertugas di pejabat syarikat swasta di Jalan Lanang, Sibu, Sarawak pada bulan lalu.

Dalam kejadian pada 17 Mei lalu, mangsa yang berusia 37 tahun itu menerima e-mel dari sebuah syarikat yang berada di Singapura yang memaklumkan bahawa belum menerima bayaran untuk pembelian minyak kenderaan daripada syarikat mangsa bekerja.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, bagaimanapun, mangsa sudah membuat pembayaran sebanyak RM 240,879.36 (AS$57,834.17) pada 7 Mei lalu melalui sebuah akaun bank atas nama Gulf Oil Marine Limited yang berpangkalan di United Kingdom.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa kemudian membuat semakan semula pada e-mel yang pernah diterimanya pada 30 April lalu dan mendapati alamat e-mel yang digunakan adalah berlainan.

“Mangsa kemudiannya menyedari dirinya telah ditipu telah membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Stanley, mangsa berjaya diperdaya oleh sindiket itu dengan menghantar e-mel yang mengandungi butiran akaun yang tidak betul sehingga menyebabkan pengadu memindahkan wang ke akaun yang lain.

“Siasatan lanjut masih berjalan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini