Kastam rampas 3.7 juta batang rokok seludup - Utusan Malaysia

Kastam rampas 3.7 juta batang rokok seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas lebih 3.7 juta batang rokok menerusi dua serbuan di negeri ini dan Perak pada semalam dan Selasa lalu.

Pengarah JKDM negeri, Datuk Saidi Ismail berkata, menerusi serbuan di kilometer 267, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Ipoh, Perak kelmarin, pihaknya menahan pemandu sebuah lori berusia 40-an yang membawa rokok disyaki seludup.

“Hasil pemeriksaan mendapati lori itu bermuatan rokok putih yang disyaki tidak lulus kastam kerana tiada label cukai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jumlah rampasan ialah sebanyak 3 juta batang dengan anggaran nilai RM240,000 melibatkan cukai RM2 juta,” katanya pada sidang akhbar di Butterworth di sini sebentar tadi.

Sementara itu, Saidi berkata, menerusi serbuan di sebuah premis kosong di Jalan Batu Maung, Bayan Lepas dekat sini pada Selasa lalu, pihaknya merampas sebanyak 708,000 batang rokok putih dan kretek pelbagai jenama disyaki tidak lulus kastam.

“Rokok-rokok berkenaan ialah dianggarkan bernilai RM56,952 yang melibatkan cukai kira-kira RM321,900 tetapi usaha mengesan pemilik premis sedang dilakukan,” katanya.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) dan Seksyen 135(1)(d) AKta Kastam 1967. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini