Usaha penjenamaan semula RTM fokus golongan muda - Utusan Malaysia

Usaha penjenamaan semula RTM fokus golongan muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG – Penjenamaan semula yang sedang dilakukan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertujuan menarik audiens baharu dalam kalangan golongan muda selain mengekalkan minat golongan lebih dewasa, kata Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran Strategiknya, Nor Yahati Awang.

Katanya, usaha yang turut melibatkan pengenalan program-program baharu dilaksanakan sejak Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang mana RTM menjadi satu daripada agensinya diterajui menteri, Gobind Singh Deo.

“Generasi X dan ‘Baby Boomers’ (generasi lahir sebelum 1980) sememangnya membesar bersama RTM tetapi generasi Y lebih mengenali stesen-stesen radio lain. Kita mahu meremajakan program-program yang sedia ada dan generasi muda membantu membangunkan program-program yang lebih mantap,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau ditemui selepas menghadiri majlis penjenamaan semula Program Syoknya Hindi ‘Bolly Glam’ MUTIARAfm di sini malam tadi.

Beliau berkata, usaha mengekalkan minat golongan muda ini akan dilaksanakan berterusan bagi menyedarkan mereka tentang peranan RTM sebagai antara agensi yang menyalurkan maklumat berhubung program dan dasar kerajaan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini