Tiga sekeluarga maut rumah terbakar - Utusan Malaysia

Tiga sekeluarga maut rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Tiga sekeluarga maut termasuk seorang daripadanya rentung ekoran terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah teres tiga tingkat di Jalan PJS 6/2, Kampung Lindungan di sini awal pagi tadi.

Berdasarkan laporan yang diterima, kesemua mangsa yang terperangkap di tingkat atas rumah berkenaan dan disahkan maut di hospital.

Dalam kejadian tersebut, sebanyak tiga jentera bomba bersama 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petaling Jaya serta BBP Subang dikejarkan ke lokasi kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mayat kesemua mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini