Anak saudara kebas, gadai barang kemas pusaka bernilai RM10,000 - Utusan Malaysia

Anak saudara kebas, gadai barang kemas pusaka bernilai RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU GAJAH – Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ditahan kerana mencuri barang kemas pusaka bernilai kira-kira RM10,000 di rumah bapa saudaranya di Kampung Baru Chendrong di sini semalam.

Kejadian itu disedari bapa saudaranya, seorang pesara kerajaan berusia 63 tahun apabila suspek yang tidak lagi bersekolah didapati telah keluar rumah tanpa pengetahuan.

Barang kemas pusaka itu terdiri daripada seutas rantai leher dan sebentuk loket emas, masing-masing bernilai sebanyak RM8,000 dan RM2,000.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah, Superintenden Ahmad Adnan Basri berkata, lelaki berkenaan mengesyaki barang kemas tersebut telah dicuri oleh suspek selepas mendapati ia tiada lagi dalam simpanan kotak di dalam almari kecil di bilik tidur utama rumahnya.

“Suspek telah tinggal bersama bapa saudaranya selama tiga bulan setelah dia keluar dari rumah ibu bapanya di Jelapang. Kali terakhir pengadu melihat barang kemas tersebut adalah kira-kira seminggu sebelum suspek keluar dari rumah berkenaan.

“Bertindak atas maklumat selepas pengadu membuat laporan polis pagi semalam, sepasukan pegawai dan anggota telah menangkap suspek kira-kira pukul 1.30 petang di Taman Puncak Jelapang, Ipoh untuk siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, hasil soal siasat mendapati suspek mengaku telah mencuri barang kemas bapa saudaranya dan kesemua barang tersebut telah digadai di kedai pajak gadai di Silibin, Ipoh pada pagi semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini