Jokowi terbuka jika Gerindra mahu gabung - Utusan Malaysia

Jokowi terbuka jika Gerindra mahu gabung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 13 Jun – Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi menyatakan bahawa beliau bersikap terbuka sekiranya parti politik pembangkang terutamanya Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) ingin bergabung dengan parti perikatan kerajaan.

Kompas melaporkan, Jokowi memaklumkan bahawa beliau bersedia untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi membangunkan negara ini ke peringkat tertinggi.

“Adalah sukar untuk kami (parti pemerintah) membangunkan Indonesia sendirian, kami juga memerlukan kerjasama pelbagai pihak,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pilihan raya legislatif yang lalu, Gerindra memperoleh jumlah undian ketiga tertinggi iaitu sebanyak 12.57 peratus.

Namun, Jokowi menekankan bahawa prinsip yang akan diguna pakai adalah bersifat musyawarah atau muafakat bagi mewujudkan situasi pentadbiran telus.

Dalam perkembangan lain, Jokowi tidak melarang jika dua anak lelakinya, Gibran Rakabuming Raka dan Kaesang Pangarep menceburi bidang politik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini