KPU serah 272 kotak bukti ke MK - Utusan Malaysia

KPU serah 272 kotak bukti ke MK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 13 Jun – Komisi Pemilihan Umum (KPU) menyerahkan sejumlah jawapan balas dan 272 kotak berisi bahan bukti berhubung pertikaian hasil keputusan pilihan raya umum ke Mahkamah Perlembagaan (MK) di sini semalam.

Antara News melaporkan, setiap satu wilayah Indonesia menghantar sebanyak lapan kotak berisi bahan bukti dan terdapat 272 kotak daripada 34 wilayah secara keseluruhannya.

Pesuruhjaya KPU, Hasyim Asy’ari berkata, KPU turut menyerahkan jawapan balas dari 34 wilayah yang terkait dengan pertikaian tersebut dan 11 daripada sudah disemak oleh MK.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelas beliau, antara bahan bukti yang diserahkan kepada MK termasuk hujah-hujah yang dikemukakan oleh Prabowo Subianto dan Sandiaga Uno.

“Semua maklumat sudah kita sediakan dan serahkan kepada pihak yang berkaitan untuk disemak serta diteliti,” katanya.

Dalam pada itu, jurucakap Kempen Nasional (TKN) Joko Widodo (Jokowi)-Ma’ruf Amin, Ace Hasan Syadzily yakin pihaknya dapat mematahkan hujah yang disampaikan oleh Badan Pemenangan Nasional (BPN).

“Kami yakin dan optimis dapat mematahkan hujah mereka, selain yakin dengan keupayaan MK untuk melakukan perbicaraan yang adil serta menyeluruh,” ujarnya.

Ace juga menyifatkan hujahan yang diusulkan oleh BPN lebih bersifat kualitatif, selain mereka perlu mengemukakan bukti-bukti penipuan dalam pilihan raya umum (Pemilu) lepas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini