Kenderaan gagal berhenti pemeriksaan, 3 maut ditembak - Utusan Malaysia

Kenderaan gagal berhenti pemeriksaan, 3 maut ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS – Tiga orang terbunuh apabila pasukan anti pengganas Perancis menembak ke arah kenderaan yang gagal berhenti bagi pemeriksaan di utara Mali, hari ini.

Menurut tentera, insiden tersebut berlaku pada Sabtu lalu di barat Timbuktu iaitu salah satu daripada tiga bandar utara Mali yang dirampas semula daripada militan pada 2013.

Jurucakap Ketua Staf di Paris berkata, unit Barkhane berhadapan dengan kenderaan yang enggan berhenti bagi pemeriksaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas beberapa tembakan amaran dilakukan, kenderaan itu masih gagal patuh lantas ditembak ketika cuba menghala ke arah tentera Perancis.

“Kenderaan itu yang membawa sejumlah ‘besar’ kuantiti minyak terbakar dan membunuh seorang remaja serta dua dewasa di dalamnya,” jelas kenyataan itu.

Siasatan terhadap insiden itu sedang berjalan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini