Ahli MBIP serah memorandum kepada MB - Utusan Malaysia

Ahli MBIP serah memorandum kepada MB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI – Ahli-Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) hari ini menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berhubung dakwaan salah guna kuasa Datuk Bandar MBIP, Datuk Adib Azhari Daud yang didedahkan mereka sebelum ini.

Wakil yang juga Ahli Majlis Zon 9 Gelang Patah, Mohd. Azam Mektar berkata, memorandum bantahan itu diserahkan kepada Dr. Sahruddin berikutan sikap Adib Azahri yang tidak memberikan sebarang penjelasan berhubung dakwaan salah guna kuasa biar pun sudah diberi peluang lebih 15 hari.

“Tindakan beliau yang membisu seribu bahasa seolah-olah mengakui berlakunya salah guna kuasa yang didakwa sebelum ini, malah sikap beliau juga seolah-olah satu bentuk sabotaj terhadap Ahli-Ahli Majlis MBIP serta pendtadbiran Pakatan Harapan (PH) keseluruhannya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohd. Azam berkata, tindakan sabotaj oleh penjawat awam terutama mereka yang beriada di peringkat pembuat keputusan dikhuatiri akan menyebabkan kepincangan jentera pentadbiran kerajaan yang akhirnya akan menjejaskan kepercayaan rakyat kepada penjawat awam serta menjatuhkan imej perkhidmatan awam di negeri ini.

Menurutnya, antara isi kandungan memorandum itu adalah tuntutan supaya kerajaan negeri ditadbir PH membuat pemantauan secara berkala terhadap Datuk Bandar, Yang Dipertua dan semua Ketua Jabatan di setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri supaya memberikan kerjasama sewajarnya kepada Ahli Majlis.

“Hasil pertemuan Menteri Besar memaklumkan satu jawatankuasa telah dibentuk untuk mengkaji dan memperhalusi apa yang telah kami bangkitkan,” katanya.

Pada 26 Mei lalu, Ahli-Ahli Majlis MBIP membuat pendedahan mendakwa Datuk Bandar menyalahguna kuasa berhubung isu pemberian lesen dan tapak bazar Ramadan di

Taman Nusantara dekat Iskandar Puteri sekali gus meminta beliau membuat penjelasan sebelum perayaan Hari Raya Aidilfitri atau berdepan tindakan.

Pada pendedahan itu, mereka mendakwa Adib Azhari dipercayai mengkhianati peniaga Melayu dengan mengubah keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan berhubung pengeluaran permit dan lesen beriaga bazar Ramadan di Taman Nusantara, Gelang Patah di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini