Jika difitnah, tampil nafikan - Abdullah Sani - Utusan Malaysia

Jika difitnah, tampil nafikan – Abdullah Sani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 12 Jun – Seseorang pemimpin yang merasakan dirinya difitnah perlu tampil menafikan perkara itu agar rakyat tidak membuat sebarang persepsi.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, langkah itu perlu dibuat jika benar seseorang pemimpin merasakan dia dipihak yang benar.

“Sesiapa pun jika merasakan dia difitnah, tampillah nafikan fitnah itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia sambil memberitahu ia kenyataan umum dan tidak merujuk pada sesiapa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ditanya tentang video seks sejenis melibatkan seorang menteri kanan, Abdullah Sani yang merupakan penyokong kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada bersahaja sekadar berkata, belum melihatnya.

Ditebak jawapan sebegitu bukan seperti karektornya yang sebenar, Abdullah Sani sekali lagi berkata, dia hanya ‘mengetahuinya’ apabila dihubungi Utusan Malaysia.

“Video apa ini, cerita apa? Saya tak tahu, awak telefon baharu saya tahu ada cerita ini, cuba kongsi video itu dengan saya,” katanya dalam nada bersahaja. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini