NEW DELHI – Pihak berkuasa India hari ini menemukan bangkai pesawat hilang membawa 13 kakitangan tentera udara selepas beberapa hari pencarian di kawasan pergunungan terpencil berdekatan China.
Pesawat buatan Soviet AN-32 membawa lapan kru dan lima penumpang hilang daripada radar pada 3 Jun di timur laut Arunachal Pradesh.
Kemudian pencarian digerakkan Angkatan Udara India (IAF) dan pasukan darat.
Memuatkan artikel berkaitan…
Menurut IAF dalam akaun Twitter, bangkai pesawat AN-32 yang hilang ditemukan hari ini.
“Pada anggaran ketinggian 3657.6 meter oleh helikopter Mi-17 yang menyertai misi pencarian.
“Usaha kini diteruskan untuk penumpang didalamnya,” jelasnya. – AFP











