Orang Asli Kuala Koh: TPM pengerusikan mesyuarat tergempar bincang situasi Orang Asli - Utusan Malaysia

Orang Asli Kuala Koh: TPM pengerusikan mesyuarat tergempar bincang situasi Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hari ini memanggil mesyuarat tergempar di sini bagi membincangkan perkembangan terkini situasi Orang Asli daripada suku kaum Batek di Kampung Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan.

Wan Azizah yang mempengerusikan mesyuarat selama dua jam di Pejabat Timbalan Perdana Menteri itu mencerminkan keseriusan dan keprihatinan kerajaan dalam menangani isu kesihatan yang sedang dialami kaum Batek itu.

“Perkara melibatkan nyawa rakyat adalah isu besar yang perlu perhatian khusus dan tindakan menyeluruh,” katanya yang juga Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, dalam catatan di laman Twitter rasmi beliau.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, setiap agensi yang terlibat akan memastikan isu itu ditangani sebaik mungkin demi kesejahteraan rakyat.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Yeo Bee Yin.

Wan Azizah juga dijadualkan ke Kelantan pada Jumaat ini bagi meninjau dengan lebih dekat perkembangan isu berkenaan. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini