PARIS – Seorang lelaki berusia 20an maut selepas skuter elektrik dinaiki berlanggar dengan lori, di sini hari ini.
Kebimbangan semakin meningkat mengenai keselamatan mesin tersebut yang popular di sini.
Menurut sumber, mangsa berusia 25 tahun menunggang skuter di kejiranan Goutte d’Or yang sibuk di utara bandar sebelum dilanggar lori.
Perkhidmatan kecemasan Paris memberitahu, mangsa kemudian dikejarkan ke hospital namun disahkan mati ekoran luka dialami.
Dalam pada itu, sumber rapat berkata, pemandu lori itu mempunyai keutamaan di jalan ketika insiden berlaku.
Selepas setahun skuter elektrik muncul di jalanan Paris, ia makin bertambah dan menimbulkan masalah bagi pihak berkuasa Paris yang kini sedang melaksanakan satu rangka kerja tentang penggunaannya. – AFP











