Letupan tepi jalan, enam maut di selatan Afghanistan - Utusan Malaysia

Letupan tepi jalan, enam maut di selatan Afghanistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANDAHAR – Sekurang-kurangnya enam orang maut selepas bom ditepi jalan meletup mengenai kenderaan mereka di selatan Afghanistan, hari ini.

Kejadian tersebut merupakan keganasan terbaharu yang mana rakyat mereka terus berdepan dengan konflik berdekad lama.

Menurut jurucakap polis, Qasim Afghan, ketika kejadian, kenderaan itu dalam perjalanan dari Daerah Dand, Kandahar ke ibu kota.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Empat kanak-kanak iaitu dua lelaki dan dua wanita antara yang terbunuh dalam letupan.

“Kesemua mereka daripada satu keluarga,” katanya kepada AFP.

Dalam pada itu, Gabenor Daerah Dand, Haji Abdullah memberitahu, bom itu diletak oleh Taliban di jalan yang sering digunakan tentera asing dan Afghanistan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini