KUALA LUMPUR – Kolam renang awam Majlis Perbandaran Seremban (MPS) Negeri Sembilan akan dibuka seperti biasa bermula hari ini.
MPS dalam satu kenyataan memberitahu, bagaimanapun kolam renang aquatik masih lagi ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan pam rosak serta pembersihan kolam.
“Kami jangka kolam renang aquatik akan dibuka semula pada minggu hadapan dan pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Diharapkan orang ramai dapat menggunakan kemudahan yang disediakan itu dengan baik,” katanya dalam kenyataan itu di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











