KUALA LIMPUR – Platinum Victory (PV) menganjurkan pertandingan ‘Paint The Town Green Award’ bagi mencantikkan kawasan komersial The Palette di Setapak di sini.
PV dalam satu kenyataan memberitahu, pertandingan yang akan dibuka pada 14 Jun ini menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM23,000 berserta baucer.
“Peserta boleh menghantar lukisan mereka pada Jumaat ini dan perlu mematuhi tema yang ditetapkan iaitu merangka konsep reka bentuk mampan dan kreatif selain memberi tumpuan kepada aspek dalaman, landskap dan seni bina.
“Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara berumur 18 tahun dan penyertaan boleh dihantar secara individu atau berkumpulan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Untuk makluman lanjut, orang ramai yang berminat boleh layari laman web https://thepalette.com.my. – UTUSAN ONLINE










