Larian Hari Raya di Putrajaya - Utusan Malaysia

Larian Hari Raya di Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perbadanan Putrajaya menjemput orang ramai menyertai acara larian sempena Hari Raya Aidilfitri iaitu LebaRun pada 23 Jun ini.

Acara larian LebaRun anjuran Perbadanan Putrajaya pada 23 Jun ini.

Perbadanan Putrajaya dalam satu kenyataan memberitahu, larian yang bermula di Persiaran Perdana Presint 3, Putrajaya itu akan dilepaskan pada pukul 7 pagi dan dijangka tamat menjelang 9 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seramai 300 peserta pertama yang menghabiskan acara larian ini dan menyelesaikan tugasan misteri akan menerima medal dan hadiah percuma.

“Bagi memeriahkan acara ini kami turut menyediakan hadiah bagi kategori pakaian terbaik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini