Johor turut kekang import plastik haram ke negara ini - Utusan Malaysia

Johor turut kekang import plastik haram ke negara ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri menyokong penuh saranan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim untuk mengekang import sisa plastik secara haram ke negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata, agensi kerajaan negeri akan bekerjasama dengan agensi Kerajaan Pusat bagi memastikan langkah itu direalisasikan.

“Menterinya, Yeo Bee Yin memaklumkan pihaknya bercadang untuk menyemak dan meminda Akta Alam Sekeliling 1974 bagi memastikan setiap sisa yang tidak boleh dikitar semula mengikut undang-undang alam sekitar dan sekeliling akan diharamkan di Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerajaan negeri Johor menyokong penuh usaha ini dan saya akan memantau perkara tersebut dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Tambah beliau, lonjakan pengimportan sampah plastik ke rantau ini termasuk di Malaysia berpunca daripada larangan pengimportan sampah plastik oleh China yang mula berkuat kuasa pada 31 Disember 2017. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini