UBON RATCHATHANI – Seorang wanita yang mengandung tiga bulan nyaris maut selepas terjatuh dari sebuah tebing di Taman Negara Pha Taem, daerah Khong Chiam di sini.
Bangkok Post melaporkan, Wang Nan, 32, mengalami patah tulang paha kiri, lengan kiri, pinggul dan kaki serta luka-luka di bahagian muka setelah terjatuh dari ketinggian 34 meter.
Ketua Polis Khong Chiam, Chanchai Innara memberitahu wanita berasal dari wilayah Jiangsu, China itu pengsan sebelum jatuh dari tebing itu.
Memuatkan artikel berkaitan…
Namun amat mengejutkan apabila beliau dan kandungannya terselamat.
Beliau kini ditempatkan di hospital Sapphasitthiprasong dan bakal menjalani pembedahan.- AGENSI











