6,988 tandatangan petisyen Latheefa letak jawatan - Utusan Malaysia

6,988 tandatangan petisyen Latheefa letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Petisyen mendesak Latheefa Koya meletakkan jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) nampaknya semakin mendapat perhatian pelbagai pihak yang mahukan kerajaan Pakatan Harapan (PH) berpegang kepada manifesto mereka.

Sehingga pukul 5 petang hari ini, seramai 6,988 individu telah pun menandatangani petisyen yang diwujudkan oleh gerakan Malaysia Baharu itu bagi meluahkan rasa tidak berpuas hati terhadap kaedah bagaimana Latheefa dipilih untuk mengetuai agensi membanteras rasuah tersebut.

Sebelum ini, petisyen menerusi tandatangan dalam talian di laman sesawang www.change.org itu turut menerima sokongan beberapa pemimpin PH terutama dari PKR termasuk Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Dr. Tan Yee Kew yang menggesa orang ramai menandatangani petisyen itu sebagai isyarat pendirian tegas rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain Yee Kew, Ahli Parlimen Setiawangsa yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat Pusat PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad turut mahu PH berpegang kepada janji supaya pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM disahkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini