Empat sahabat berhadapan tali gantung - Utusan Malaysia

Empat sahabat berhadapan tali gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Polis menahan empat sahabat kerana dipercayai memiliki 459 gram dadah jenis heroin dalam operasi di Kampung Padang Bongor kira-kira pukul 9. 30 malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintenden Noor Halim Nordin berkata, serbuan dilakukan seorang pegawai dan enam anggota dalam Operasi Tapin bermula pukul 5 petang hingga 3 pagi tadi.

Beliau berkata, tiga lelaki dan seorang perempuan itu ditahan selepas pihaknya mendapat maklumat daripada orang ramai dan risikan yang dijalankan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semua suspek berusia di antara 26 hingga 36 tahun. Pemeriksaan kami di ruang tamu dan bilik berdekatan suspek menemui beberapa bungkus plastik yang mengandungi dadah jenis heroin dan syabu bernilai RM8,075.

DADAH
 

“Salah seorang suspek memiliki rekod berkaitan dadah pada 2013 dan dua daripada mereka juga positif methamphetamine. Semua suspek direman seminggu bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu hari ini.

Noor Halim berkata, berdasarkan siasatan yang dilakukan pihaknya percaya bekalan dadah itu dibawa dari Pulau Pinang untuk pasaran Raub, Pahang.

Dalam operasi itu juga pihak polis telah menyita sebuah kereta Viva dan motosikal Ex5 bernilai RM21,000. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini