Nadal julang Terbuka Perancis kali ke-12 - Utusan Malaysia

Nadal julang Terbuka Perancis kali ke-12

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS – Rafael Nadal terus memahat sejarah apabila merangkul kejuaraan tenis Terbuka Perancis buat kali ke-12 selepas menumpaskan bintang Austria, Dominic Thiem, hari ini.

Jaguh Sepanyol itu menang 6-3, 5-7, 6-1, 6-1 untuk menjulang trofi Grand Slam ke-18 dalam kariernya.

Nadal, 33, juga muncul pemain pertama, sama ada lelaki mahu pun wanita berjaya menjuarai gelaran Grand Slam yang sama sebanyak 12 kali.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemain No. 2 dunia itu hanya kurang dua kejuaraan lagi untuk menyamai rekod Roger Federer yang memenangi 20 gelaran Grand Slam.

“Saya mahu mengucapkan tahniah kepada Dominic. Saya bersimpati dengannya kerana dia juga berhak menang hari ini.

“Bagaimanapun saya percaya, dia akan mendapat peluang itu pada masa akan datang. Dia memiliki bakat yang hebat.

“Bagi saya, ia ibarat impian terlaksana dapat menang sekali lagi. Detik yang menakjubkan.

“Selepas bermain di sini buat kali pertama pada 2005, saya tidak pernah terfikir masih mampu beraksi pada 2019. Ia sangat istimewa buat saya,” kata Nadal. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini