VALENCIENNES, Perancis – Jaringan Barbara Bonansea ketika permainan memasuki minit kelima waktu kecederaan membolehkan Itali melakar kebangkitan sensasi ketika menumpaskan Australia 2-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan C, Piala Dunia Wanita hari ini.
Penyerang Juventus tersebut menyempurnakan sepakan bebas pada minit ke-95 untuk memastikan kemenangan sensasi naib juara Eropah 1993 dan 1997 itu.
Bonansea, 27, sebelum itu menjaringkan gol penyamaan pasukannya, 11 minit memasuki babak kedua selepas Australia terlebih mendahului perlawanan menerusi Sam Kerr pada minit ke-22.
Memuatkan artikel berkaitan…
Ini adalah pembukaan terbaik buat Itali yang kembali ke kancah Piala Dunia selepas 20 tahun ‘menghilang’. – AFP











