10 terbunuh dalam kemalangan di Phnom Penh - Utusan Malaysia

10 terbunuh dalam kemalangan di Phnom Penh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH – Sekurang-kurangnya 10 terbunuh manakala empat yang lain parah dalam kemalangan di wilayah Kampong Speu, di sini, petang semalam.

Xinhua melaporkan, Timbalan Ketua Polis Kampong Speu, Tab Lon memberitahu kemalangan berlaku setelah sebuah kereta hilang kawalan lalu melanggar sebuah bas dan sebuah trak sebelum terbakar.

“10 orang, lima menaiki kereta Highlander dan lima lagi berada dalam van pelancong disahkan maut dalam kemalangan tersebut,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tab Lon turut memberitahu identiti mangsa masih belum dikenalpasti.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini