Orang Asli Kuala Koh: Kerajaan pandang serius kematian penduduk - Utusan Malaysia

Orang Asli Kuala Koh: Kerajaan pandang serius kematian penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan memandang serius isu kematian dalam kalangan masyarakat Orang Asli di Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan.

Beliau berkata, dakwaan bahawa kematian melibatkan suku kaum Batek itu disebabkan pencemaran kolam sumber air akan disiasat dengan teliti.

Pihak berkuasa, katanya, akan melihat kegiatan perlombongan dan pembalakan di sekitar kawasan itu untuk memastikan segala prosedur berkaitan alam sekitar dipatuhi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat jika mendapati kematian disebabkan oleh pencemaran sumber air Orang Asli,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azizah seterusnya berkata, kerajaan juga akan mengkaji dasar-dasar alam sekitar berhubung aktiviti pembalakan dan perlombongan terutama berkaitan masalah yang dihadapi Orang Asli.

“Penguatkuasaan lebih ketat dan dasar pencegahan adalah antara beberapa langkah yang akan diambil perhatian,” kata Timbalan Perdana Menteri, yang sedih mendengar mengenai kematian itu.

“Saya akan sentiasa mendoakan keluarga mangsa yang terkorban dan mereka yang sedang menjalani rawatan,” kata Wan Azizah. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini