Penyanyi To’ki cedera selepas cuba di samun - Utusan Malaysia

Penyanyi To’ki cedera selepas cuba di samun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR– Penyanyi popular era 90-an, To’ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur, 52, cedera parah di tangan kiri selepas di serang tiga individu tidak dikenali yang cuba menyamunnya di Taman Daya, Kepong, dekat sini semalam.

Dalam kejadian itu, To’ki, mengalami luka sepanjang empat sentimeter di lengan kiri akibat ditikam dengan pisau.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia mahu pulang ke rumahnya di Taman Koperasi Polis Fasa 2, Gombak daripada kompleks membeli belah Selayang Mall kira-kira pukul 8 malam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelasnya, dia menunggang motosikal sendirian selepas Maghrib dan ketika tiba di kawasan Taman Daya, Kepong, dua motosikal dinaiki tiga individu terbabit menghampirinya.

“Mereka minta wang tetapi saya beritahu tidak mempunyai wang. Ini buat mereka tidak puas hati dan cuba merampas dompet tapi saya melawan.

“Ketika saya melawan inilah, seorang daripada penyamun itu menghayun pisau ke arah lengan kiri saya,” kata To’ki ketika dihubungi hari ini.

To’ki memberitahu, dia telah pergi ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani pembedahan bagi merawat kecederaannya selama hampir lima jam.

Tambahnya, dia juga belum membuat sebarang laporan polis mengenai kejadian tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini