Barty intai No. 1 dunia - Utusan Malaysia

Barty intai No. 1 dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS – Selepas memahat sejarah muncul pemain Australia pertama merangkul kejuaraan tenis Terbuka Perancis dalam tempoh 46 tahun, Ashleigh Barty berkata, sasaran seterusnya adalah memburu mahkota No. 1 dunia.

Barty, 23, mengakui, dia tidak menyangka Terbuka Perancis akan menjadi gelaran Grand Slam pertamanya, sekali gus mengulangi pencapaian Margaret Court yang menjadi pemain Australia terakhir mendakap trofi tersebut pada 1973.

Pernah berehat seketika daripada tenis pada 2014 untuk mencuba sukan kriket, Barty bagaimanapun membuat keputusan tepat dengan kembali ke gelanggang tenis biarpun tidak memiliki ranking dunia ketika membuat kepulangan semula.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selepas mengalahkan pemain remaja Republik Czech, Marketa Vondrousova 6-1, 6-3 dalam perlawanan akhir semalam, Barty bakal melonjak ke ranking No. 2 dunia esok.

“Ketika berada dalam gelanggang, saya hanya beritahu diri sendiri…peluang sebegini mungkin tidak hadir lagi selepas ini, jadi nikmati ia seuasnya.

“Saya turun ke gelanggang bersama senyuman dan cuba bermain dengan tenang. Saya memasuki ‘wilayah’ baharu yang tidak dikuasai oleh sesiapa, sekarang saya sudah mencapai satu sasaran iaitu menjulang Grand Slam dan misi berikutnya adalah muncul pemain No. 1 dunia,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini