Neymar dijangka pulih empat minggu lagi - Utusan Malaysia

Neymar dijangka pulih empat minggu lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS – Neymar yang sedang berdepan dakwaan merogol dijangka memerlukan empat minggu lagi untuk pulih daripada kecederaan buku lali yang dialaminya, kata kelabnya, Paris Saint Germain (PSG).

Ini menyaksikan dia bakal terlepas daripada beraksi di Piala Copa America di mana Brazil sendiri menjadi tuan rumah dari 14 Jun hingga 7 Julai ini.

Neymar sebelum ini ditimpa kecederaan tersebut ketika beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Qatar Rabu lalu sebagai persiapan menghadapi Piala Copa Amerika. Brazil menang 2-0 dalam perlawanan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun selepas dua doktor PSG melakukan diagnosis mendapati ligamen di buku lali kanannya itu terjejas tetapi tidak memerlukan pembedahan dilakukan untuk memulihkannya kecuali rawatan biasa sahaja.

Ketiadaan pemain termahal dunia itu menyaksikan tempatnya sebagai penyerang utama Brazil akan diambil alih oleh pemain Chelsea, Willian.

Tempoh pemulihan itu bagaimanapun cukup untuknya memulakan kempen musim baharu Liga Perancis yang dijadual bermula 10 Ogos nanti. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini