MADRID – Antoine Griezmann berkata, dia sudah menemui kelab untuk dia beraksi musim hadapan meskipun sedang dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona.
Griezmann akan meninggalkan Atletico Madrid selepas lima tahun dan juara dunia itu dilaporkan akan menyertai Barcelona.
Ketika Griezmann, Atletico dan Barcelona enggan memberikan sebarang kenyataan, penyerang berusia 28 tahun itu seperti sudah menemui jalan penyelesaian.
“Saya tahu di mana saya akan beraksi musim hadapan.
“Apa yang boleh saya katakan, ia bukan Miami,” katanya yang turut dikaitkan dengan perpindahan ke Paris Saint-Germain dan Manchester United.
Sejak bersama Atletico, Griezmann berjaya menjulang kejuaraan Europa, Piala Super UEFA dan Supercopa de Espana.
Griezmann meledak 15 gol La Liga musim ini dengan Atletico menamatkan saingan di belakang Barcelona.-AGENSI











