MOSCOW – Wartawan penyiasatan berdepan pertuduhan dadah yang dikatakan penyokong sebagai palsu telah dibawa ke hospital di sini selepas jatuh sakit ketika dalam tahanan, hari ini.
WARTAWAN penyiasatan, Ivan Golunov yang ditahan atas pertuduhan cubaan mengedar dadah. – AFP
Polis dalam kenyataan berkata, Ivan Golunov daripada laman berita bebas Meduza dituduh cubaan mengedar dadah telah ‘mengadu tidak berapa sihat’.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Hasil pemeriksaan paramedik, keputusan dibuat untuk menghantarnya ke fasiliti perubatan bagi penilaian lanjut,” jelas kenyataan itu.
Sementara itu, peguam Golunov, Pavel Chikov menulis awal dalam akaun Telegram bahawa pihak perubatan mengesyaki Golunov mengalami patah tulang rusuk, lebam dan konkusi. – AFP











