16 PATI ditahan - Utusan Malaysia

16 PATI ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sebanyak 16 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen dalam serbuan di sebuah pusat beli-belah terkenal di ibu negara kelmarin.

Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzamee Daud berkata, serbuan yang dilakukan pada pukul 4 petang itu turut menahan dua orang majikan.

“Daripada keseluruhan PATI yang ditahan, 12 merupakan warganegara India, Pakistan (2), Bangladesh (1) dan seorang warganegara Pakistan yang juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesemua PATI yang ditahan berumur lingkungan 25 hingga 50 dan bekerja sebagai penjaga premis serta pekerja,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, antara kesalahan yang dilakukan ialah salah guna pas serta tidak mempunyai dokumen pengenalan dan kesemua yang ditahan telah dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk tindakan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini