SOFIA – Pendakwa Raya Bulgaria hari ini membuka siasatan serangan bom yang dirancang seorang pelajar sekolah tinggi elit yang mendapat inspirasi daripada Daesh.
Timbalan Ketua Pendakwa Raya, Ivan Gueshev berkata, pelajar tersebut merupakan ‘sangat bijak’ dan tinggal di Plovdiv.
Katanya, siasatan itu juga yang pertama di negara ini.
“Beberapa alat letupan buatan sendiri ditemukan di rumahnya termasuk bom diperbuat daripada paip dan wayar elektrik sering digunakan di Amerika Syarikat (AS).
“Selanjutnya, 14.5 kilogram bahan letupan yang digunakan seperti serangan di Belgium dan Perancis ditemukan dalam bekas plastik dikelilingi paku bagi kemusnahan maksimum,” katanya.
Tambahnya, kes klasik rekrut dan radikalisme belia bawah umur melalui internet.











