12 mayat ditemukan dalam kubur besar era perang di Bosnia - Utusan Malaysia

12 mayat ditemukan dalam kubur besar era perang di Bosnia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SARAJEVO – Mayat 12 orang Muslim yang dibunuh ketika perang saudara 1992-1995 ditemukan dalam sebuah kubur besar di gunung berhampiran Sarajevo, hari ini.

Peperangan tersebut mengakibatkan lebih 100,000 orang maut dan lebih 7,000 lagi hilang.

Jurucakap Bosnian Institure for Missing Persons, Emza Fazlic berkata, mengikut bukti mangsa dibunuh ketika cuba melarikan diri ke Wilayah Bebas atau kawasan dibawah kawalan tentera Bosnia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mayat mangsa telah dipindahkan daripada Gunung Igman di barat Sarajevo ke ibu negara bagi ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

“Keputusan ujian boleh didapati dalam tempoh enam ke lapan minggu,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini