May letak jawatan Ketua Konservatif - Utusan Malaysia

May letak jawatan Ketua Konservatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 8 Jun – Pencalonan pemimpin baharu Parti Konservatif bermula Isnin ini selepas Perdana Menteri Britain, Theresa May meletak jawatan sebagai ketua parti itu, semalam.

Lapor Mail Online, sekurang-kurangnya 11 calon secara terbuka menyatakan hasrat mereka merebut kerusi May di Downing Street.

Namun setiap calon itu memerlukan sokongan sekurang-kurangnya lapan ahli Parlimen untuk melayakkan diri.

Memuatkan artikel berkaitan…

May dirakam sempat tersenyum ketika kenderaan membawa beliau meninggalkan Downing Street dipercayai sebagai kelegaan kepada ‘mimpi ngeri’ yang dilaluinya sepanjang proses Brexit.

Perdana Menteri bagaimanapun akan kekal menyandang jawatan itu sehingga pemimpin baharu dipilih, mungkin sehingga lewat Julai ini.

Brexit masih dijadualkan pada 31 Oktober depan, namun seteru May menolak perjanjian itu yang menyebabkan Brexit tertangguh dengan hanya perjanjian pemisahan dengan Brussels tergantung di Parlimen.

Beliau menjadi Perdana Menteri selepas undian pu­ngutan suara 2016 untuk keluar daripada EU tiga tahun lalu dan mengusahakan proses pemisahan itu sehingga tertangguh dua kali.

Bagaimanapun May akhir­nya menyerah kalah bulan lalu, selepas pergolakan politik selama berbulan-bulan sehingga menjejaskan semua penga­ruhnya.

Bekas setiausaha luar, Boris Johnson merupakan antara 11 calon berhasrat menggantikan May namun ada calon yang dijangka menarik diri, sebelum tarikh pencalonan tamat, Isnin ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini