Warga emas maut, dua kereta bertembung - Utusan Malaysia

Warga emas maut, dua kereta bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang warga emas maut manakala lapan yang lain cedera selepas kereta jenis Toyota Camry bertembung dengan Toyota Unser bertembung dalam kejadian di Kilometer empat, Jalan Sungai Tua-Ulu yam, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu ialah Faridah Muda, 63, yang menaiki kereta Unser.

“Kemalangan berlaku semasa Kereta Toyota Camry yang dipandu seorang lelaki bersama seorang penumpang dalam perjalanan dari Selayang ke Ulu Yam, dekat sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika tiba di lokasi kejadian, Toyota Camry tersebut hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan sebelum merempuh kenderaan Toyota Unser yang dipandu seorang lelaki iaitu anak kepada mangsa yang maut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Bak Phai, akibat kejadian tersebut, pemandu dan penumpang Toyota Camry cedera parah di bahagian kaki manakala pemandu Toyota Unser yang juga seorang anggota polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya bersama lima penumpang yang lain juga cedera parah di bahagian tangan, kaki dan pinggang.

Tambahnya, kesemua yang cedera dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini