WASHINGTON 7 Jun – Seorang kadet tentera terbunuh manakala 22 lagi cedera apabila trak yang dinaiki mereka terbalik di sebuah hutan tebal ketika menjalani latihan berhampiran Akademik Latihan Tentera Amerika Syarikat (AS), di West Point, New York, semalam.
AFP yang memetik Leftenan Jeneral West Point, Darryl Williams sebagai berkata, punca kejadian masih dalam siasatan.
“Kejadian berlaku ketika menjalani latihan terakhir sebelum mereka menamatkan pengajian,” katanya.
Memuatkan artikel berkaitan…
Dalam pada itu Presiden AS, Donald Trump yang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dalam Twitternya berkata, beliau sedih dengan kehilangan seorang kadet tentera dan berdoa agar mereka yang cedera moga sembuh secepat mungkin. -AFP











