Firdaus Wong sambut raya bersama muallaf - Utusan Malaysia

Firdaus Wong sambut raya bersama muallaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kemeriahan Aidilfitri tahun ini disambut penuh rahmat dan keinsafan buat pasukan Multiracial Reverted Muslims (MRM) yang diketuai pendakwah terkenal, Firdaus Wong Wai Hung.

Berbeza dengan kelaziman umat Islam di negara ini yang menyambut hari raya bersama keluarga, Firdaus dan rakan-rakan dari MRM mengisi hari raya pertama dengan menganjurkan program Raya Bersama Muallaf.

Program tersebut menerima sambutan luar biasa apabila kira-kira 50 muallaf hadir dan menyertainya, melebihi sasaran MRM sendiri yang menjangkakan kehadiran kira-kira 20 orang sahaja.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kata Firdaus Wong, kehadiran peserta yang ramai menyebabkan lawatan ke beberapa buah rumah yang telah dikenal pasti terpaksa dibatalkan kerana tidak dapat menampung pelawat seramai itu.

“Akhirnya program diolah sedikit dengan Solat Aidilfitri di markas Al-Khaadem disusuli sesi potluck bersama Sheikh Hussain Yee. Setelah selesai mengemas, kami membawa semua muallaf menikmati dim sum halal di KL.

.

“Selesai sesi dim sum, kami solat Zohor dan hujan mula turun dengan lebat tetapi tidak melunturkan semangat para muallaf. Kami bergerak ke Sentul untuk beraya. Lebih kurang pukul 5.30 petang, kami bergerak ke Gombak bagi sesi BBQ yang berakhir pukul 9.30 petang,” katanya.

Beliau menulis catatan itu melalui akaun Facebook miliknya di sini hari ini.

Lebih menarik lagi, dengan tidak disangka Firdaus Wong dihubungi seorang muallaf yang meminta bantuan beliau untuk membantu seorang gadis Filipina memeluk Islam ketika beliau sedang sibuk dengan program Raya Bersama Muallaf itu.

Firdaus Wong menceritakan, Gadis tersebut yang bernama Jessabelle mengalirkan air mata setelah selesai urusan pertukaran agamanya.

Walaupun sangat penat tetapi sangat berbaloi melihat kegembiraan para muallaf malahan ramai di antara mereka mengatakan sejak memeluk Islam, inilah Ramadhan yang paling bermakna buat mereka kerana program seumpama ini dianjurkan untuk mereka. Alhamdulilah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

“

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini