Tiada kejutan, Prayuth kekal sebagai PM Thailand - Utusan Malaysia

Tiada kejutan, Prayuth kekal sebagai PM Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK – Pemimpin junta, Jeneral Prayuth Chan-o-cha kekal sebagai Perdana Menteri Thailand, lima tahun selepas rampasan kuasa tentera pada 2014.

Kemenangan itu tidak mengejutkan bagi rakyat Thailand kerana bekas jeneral itu mendapat kelebihan  daripada 250 senator yang dilantik oleh junta.

Prayuth, satu-satunya calon perdana menteri pro-junta Parti Palang Pracharat (PPRP) mendapat 500 undi, menewaskan pesaingnya daripada Barisan Demokratik, Thanathorn Juangroongruangkit yang memperoleh 244 undi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Keputusan dalam undian untuk jawatan perdana menteri pada lewat Rabu itu menamatkan spekulasi mengenai siapa yang akan menjadi perdana menteri Thailand selepas pilihan raya umum pada 24 Mac lepas.

Seramai 500 anggota Dewan Perwakilan dan 250 senator mula mengundi sekitar 9.55 malam (waktu tempatan) yang mana mereka menyebut nama perdana menteri pilihan mereka. Undian itu menyaksikan kesemua 250 senator yang dilantik, kebanyakannya anggota tentera dan polis mengundi untuk Prayuth. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini