Anak sering ingatkan Messi kepada kekalahan di tangan Liverpool - Utusan Malaysia

Anak sering ingatkan Messi kepada kekalahan di tangan Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA – Apabila Lionel Messi pulang ke rumah, perkara terakhir yang mahu diingatinya adalah kekalahan kepada Liverpool dalam separuh akhir Liga Juara-Juara, selain tewas di tangan Valencia pada final Copa del Rey.

Penyerang Barcelona itu sedaya upaya cuba melupakan kedua-dua kekalahan tersebut, namun tidak mudah buatnya untuk melupakan apa yang berlaku apabila anak lelakinya, Mateo sering mengingatkannya kepada kekalahan itu.

Dalam temu bual bersama TyC Sports, Messi berkata, Mateo yang berusia 3 tahun amat meminati bola sepal dan akan memakai semua jersi yang ada.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, apabila kami bermain bersama di rumah, dia akan beritahu saya ‘Saya dari Liverpool…mereka kalahkan kamu.

“Apabila kami menonton TV pula, dia akan bersorak setiap kali (Real) Madrid mendapat gol kerana mahu menjengkelkan abangnya, dia peminat Madrid,” kata Messi.

Selepas menang 3-0 pada separuh akhir pertama, Barcelona dimalukan 4-0 oleh Liverpool dalam aksi timbal balik di Anfield, sekali gus tersingkir secara agregat 3-4.

Biarpun berjaya menjuarai La Liga musim ini, namun Barca gagal menambah kejuaraan selepas kalah 1-2 kepada Valencia dalam final Copa del Rey, 26 Mei lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini